Wednesday, February 11, 2015

#cita-cita

Wama karu wama karallahu wallahu khairul maakirin - Manusia merancang dan ALLAH juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik. ( Al-Imran 3:54)

Image result for tumblr floral photography quotes

Hello February !!
Hopefully everything goes welll :)
okay, dikesempatan ni aku ingin menulis pasal cita-cita. Semua orang ada cita-cita.

Nak jadik doktor!
Nak jadik arkitek!
Nak jadik kaya!
Nak jadi jurutera!
Nak jadi anak yang solehah serta isteri mithali untuk suaminya :D

ermm..what do you think about the last option. hahaha..mesti rata-rata tak kan jawab jawapan tu kalau ditanya dekat sekolah lah kan?hahaha..tapi itulah jawapan yang terbaik ditambahkan dengan hamba yang taat pada perintahNya.

Dulu, aku nak sangat jadik doktor dari zaman sekolah rendah to be exactly dari tadika lah sebenarnya. Lepas tu, bila aku masuk sekolah rendah orang selalu kata kalau nak jadik doktor aku kena terer dalam math and science plus english. Okay, so bermulalah dari situ aku tanam dalam hati aku untuk skor subjek-subjek tu. Setakat darjah 1,2,3 aku mampu lagi laa..tapi bila aku masuk darjah 4,5.6 aku mula dapati bahawa science tu tak semudah yang aku sangka. Tapi aku tetap yakin dengan diri aku bahawa aku mesti boleh punya walaupun peratus keyakinan tu rendah ( 40%). Kalau aku dapat A pun hanya paras-paras hidung je. But nasib menyebelahi aku ketika UPSR.

Then, aku terus untuk hadapi PMR. Tipulah kalau aku kata aku pandai. Aku pun manusia biasa pernah je aku dapat C untuk Bahasa Melayu, Math, Science and English. Aku hanya mencapai kesedaran untuk study Science bila 2 bulan lagi nak PMR aku buat nota poket sebelum periksa tu pun chapter akhir form 3 aku tak cover. Masa tu aku yakin gila nak amik science stream yang akan membawa menjadi doktor dan waktu tu lebih specific jadik DENTIST !

Cakap pasal parent mestilah diorang support aku beb! anak nak jadik doktor siapa tak bangga wei! Alhamdulillah aku teruskan science stream. Aku lah anak first yang ambil science stream. Mula-mula aku belajar aku rasa okay je. Senang. Pastu aku rasa macam manalah orang boleh tak dapat straight A. Alah bukan susah mana pun.! Aku rasa macam diorang tu bodoh! gua rasa gua on THE TOP!! BUT semua berakhir bila aku masuk asrama. Masa tu  aku insecure gila dengan orang bijak pandai, fluent english, anak orang kaya dan paling kelakar aku homesick. Bangang pun de bila aku fikir balik. Ni nasihat lah kalau orang yang baru masuk asrama : SILA JANGAN HOMESICK! BUANG MASA je dik oiii! BAIK KAU BELAJAR CARA NAK JADIK PANDAI!

aku telah habiskan masa setahun aku dengan belajar main-main. Sampai sekarang aku menyesal gila. Waktu tu aku tak cukup yakin untuk teruskan cita-cita nak jadik seorang dentist. tapi masa akur janji aku tulis

cita-cita           : DENTIST.
tempat belajar : ROYAL COLLEGE OF SURGEONS, IRELAND

Cita-cita aku tinggi setinggi bintang dilangit tapi usaha aku tak setinggi langit itu pun. Aku malu bila orang pandang " Eh budak tu belajar betul-beul pun result biasa! tapi kau tengok aku takyah stay up pun result sama je macam dia!" sebab aku paranoid. Aku yang hancurkan masa depan aku sendiri. Aku tak sedar bahawa Allah tak pandang hasil yang kita dapat pun, tapi Allah pandang usaha kita !
Then, result aku masa form 5 ada peningkatan lah compare dengan form 4. Pastu, result SPM aku tak berapa nak tegak sebab ada 2 subjek aku B+. Nak kata aku tak kecewa, tipulah. Frust gila sampai tertonggeng. Tapi still hidup dan bernafas lagilah tika ini. Then, aku memang bertekad gila nak tinggalkn dunia science. Bagi aku science tu susah, ambil aliran sastera lagi senang. Aku suka pandang rendah dengan keupayaan orang lain. Sedangkan sama je. Either kau amik sastera ke teknikal ke science ke semua ada cabarannya. So, di sebabkan aku kurang ilmu agama and depress sangat aku pun letak dalam upu

 1. seni bina
 2. kejuruteraan
 3. pergigian

Aku lupakan cita-cita untuk jadik doktor gigi. Aku ingat jadik arkitek tu senang. Ala lukis-lukis je takyah dok hafal macam rasa nak rebus buku bagai. But to be clear untuk korang yang samar-samar dengan kos ni. To be architect tu tak semudah dan tak sesusah yang kau fikirkan. Why ?

1. Arkitek bukan lukis-lukis je ye. tak semesti kau terer lukis kau hebat nak jadik seorang arkitek. lagi-lagi anime tapi itu adalah satu kelebihan untuk korang yang reti lukis. Yang tak reti lukis boleh belajar. Apa yang kita perlukan adalah idea korang untuk menghasilkan sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada orang dan indah dipandangan matamu.

2. bagi science stream agar sukar kalau korang ni tade semangat yang tinggi contohnya aku. Makin lama semangat makin luntur. tapi still boleh belajar sebab ramai je yang science stream tapi boleh skor.

3. arkitek ni tak melukis sepanjang masa beb. Belajar gak teori macm law and economy. memang dari segi masa kau banyak tak menghafal tapi kau banyak masa untuk buat projek. Tak tidur tu normal. Lagi waktu final projek. tak mandi, terlupa makan ke..biasa lah..dulu aku belajar science tak seteruk tak tido sepanjang malam.

and now, in deep deep deep from bottom of my heart. I really really really regret because amik keputusan melulu-melulu.Aku baru sedar bahawa aku boleh je teruskan sains aku. Aku masih boleh capai cita-cita aku menjadi seorang dentist. ada je orang yang result lagi teruk dari aku masih teruskan sains cuma aku terlalu cepat melatah dengan nasib.

Jangan pernah kecewa andai masih ada doamu tidak dimakbulkan kerana Allah tahu kamu tak memerlukannya. Yakin lah berserah kepada Allah. Andai kamu tidak,yakin dengan keputusan yang kamu buat dan pada ketika kamu patah hati lagi bersedih. Lakukan lah solat sunat,seperti istikharah minta pertunjuk dengan Allah. Berserah kepada Allah adalah yang sebaik-baiknya.






TERIMA KASEH DAUN KELADI KALAU BOLEH KOMEN SEKALI !

No comments:

Post a Comment